" A LONG JOURNEY OF MUMMY TO BE... ^^ "

Housemate, room-mate & classmate.!


Assalamualaikum.

Dhia housemate,
dhia room-mate,
and dhia classmate.



Dia ni suka cakap Dhia yang dalam drama "Tentang Dhia" tu adalah dia so bole jugak la sebab nama dia pon ada jugak Dhia tu, Siti Rodhiana. (*siap bold lagi Dhia tu*)
Dhia ni friendly so memang tak kan sunyi la bilik kami tu melainkan la kami tido. Hahaha.
Bising sama naik ngan taska kat sebelah rumah. kihkihkih




sila abaikan kenapa pakaian yang aku pakai semuanya berunsurkan merah ok ! 
tu semua merah punya pasal, sapa suruh menyerlah sangat???
i admit, i  RED. 





♥ THANX FOR HEARING MY HEARTBEAT! LEBIU ♥

Aku Maafkan Kamu.

Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan

Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)

Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Kalau kau cemburu dengan aku, aku sendiri tidak mengerti apa yang kau perlu cemburu dengan manusia beku seperti aku. Hidup dengan cara aku sendiri, aku buat apa benda yang aku suka, yang menggembirakan aku. Dan satu benda lagi, aku tidak akan bina kebahagiaan atas deraian air mata orang lain. Kalau orang lain bina kebahagiaan atas air mata aku, itu aku dah pernah lalui. Kini, aku dah lelah atas semua drama kau manusia!


P/S : people change for the worse. it happens.




♥ THANX FOR HEARING MY HEARTBEAT! LEBIU ♥